member baru !!

Sunday, August 18, 2013

miss me?




"no matter what we breed, we still are made of greed"

demon - imagine dragons



lama tak update blog.

sibuk.

sibuk dengan kerja.

sibuk dengan hidup.

sibuk dengan dunia.

dah 7 bulan kerja. aku dah penat.

4 bulan di wayang, 3 bulan di starbucks.

cukuplah sebagai pengalaman dan memori dihari tua.

jadi keputusan stpm aku lingkup, ipta dah reject pinangan aku.

cuba nasib masuk unisel, sarjana muda sumber manusia.

24 ogos daftar.

laju.

kita kena laju.

sekarang semua kena laju.

kalau tak laju kita mundur.

mundur.

tak mahu.

aku mahu maju.

mahu habiskan apa yang aku mula.

mahu kerja tetap.

mahu bina hidup sendiri.

doakan aku semua.

Thursday, April 25, 2013

rezeki




3 bulan kerja di grand cineplex, gatal tangan ingin berubah angin,

masuk manhattan fish market.


4 hari sahaja.



ada offer dari kakak starbucks.


nuff said, aku tak penah masuk stabak kat village mall tu. 

tu la orang cakap rezeki allah nak bagi :)

Wednesday, April 17, 2013

fuck me



dulu aku beli gitar. nak main dekat dia. sampai sekarang tak boleh boleh. most of the time terperuk dalam beg dekat hujung bilik.

kau tau kenapa?

sebab aku malas prektis, tapi nak pandai main.

bodoh kan?

macam dulu la, beli buku latihan math. tapi tak buat.

dan aku harap aku boleh pandai math begitu saja.

bodoh.

aku benci gitar
alu benci diri sendiri
aku benci math.

 babi

Thursday, April 4, 2013

asal bukan umno




Firaun : Wahai Musa.. Aku besarkan kau, aku bagi kau makan, aku jaga kau dari kecik sampai kau besar, Aku didik kau,
aku sayang kau macam anak aku, tapi kenapa kau taknak balas budi aku? Mengapa kau taknak mengaku aku tuhan?

Nabi Musa : ..................................

UMNO : Wahai Rakyat.. Korang lahir kat tanah kerajaan, belajar kat sekolah kerajaan, sakit pergi hospital kerajaan, kerja dengan kerajaan pastu mati pon tanam kat tanah kerajaan ,
tapi kenapa korang tak sokong UMNO?

Rakyat : .......................................





copy paste dari facebook. tersangatlah betul, ingat lagi lagu tema hari kemerdekaan tahun lepas tu?

'Janji ditepati and shit' ?


seriously, rais yatim ni kena belajar dengan artis youtube. 

Monday, April 1, 2013

tak adil



aku suka sains, aku benci math.

dunia ni tak adil sial,

sial sial sial.




SIAL 




idk



pagi tadi ada interview untuk kerani sekolah daerah kuala muda/yan. dengar kata nak cari 100 orang sahaja.



macam ni orang beratur pagi tadi. aku syak banyak lepasan universiti turut mencuba nasib.


seribu lebih rasanya yang datang tadi.

aku beratur jugak.


then sampai pintu masuk pejabat, orang lagi ramai macam.

lagi padat.


aku terus balik.


balik rumah, kaksu tanya camna interview.

aku cakap ramai, tak pi pun.

terus muka lain.

then lama sikit kakcik hantar mesej marah.

petang sikit mama pun marah.



keluar rumah lari ke penang.


okey, sebenarnya macam ni. tempat yang ditawarkan ada dalam 100. tapi yang datang tadi dekat seribu lebih. dan ia dalam bentuk walk-in interview. dan kebarangkalian untuk aku dipilih adalah 1 percent.

bukan aku putus asa, bukan. tapi dalam hal ini, logik akal perlu di ambil kira. kebarangkaliannya terlalu sikit. daripada aku beratur sampai 3-4 jam baik aku balik dan cari peluang pekerjaan lain.

oh ya, banyak yg datang tadi melayu dan india. aku tak nampak cina. sebab apa? tepuk kepala tanya akal. 


i'm sorry






Saturday, March 30, 2013

growing up


belanja cuba dikawal, wang cuba disimpan, hidup mula dirancang.

kalau anda telah mula buat semua ni makanya anda sedang 'growing up'

*sigh*


susah tahu jadi orang dewasa.


dulu waktu kecil selalu berharap cepat jadi dewasa dengan harapan dapat bebas.

bebas dalam hidup, beli macam-macam, tiada dimarahi orang.


pfffft

apa nak dibuat, masa tak boleh diputar.


oh ya satu lagi bila anda mula tertunggu-tunggu surat ini hujung tahun





dengan harapan mendapat sedikit potongan harga ketika membeli barang di tesco,

maknanya anda sedang 'growing up'

*sigh*

Monday, March 25, 2013

money










ada sikitt wang, ini saja baki


moga-moga cukup untuk maju destinasi

Sunday, March 24, 2013

i wont do that


tadi nak keluar main futsal pukul 9 malam..



mama : ni dok main futsal ni, ada perempuan sekali dak?

saya : eh takdak la. kalau ada perempuan tak main dekat court, ma.

mama : *baling tong gas*








Friday, March 22, 2013

life is a wheel



this,



jenazah orang tua kita, biarlah kita sendiri yang uruskan. kalau terpaksa dikebumi esok hari, teman lah orang tua anda. jangan dibiarkan mereka keseorangan. sentiasa bacakan al-quran, biar pahala mengalir kepada mereka.

al-fatihah..

Thursday, March 21, 2013

typical human being


"STPM camna?"

"1A 1B 1C 1G"

"apa yang gagal"



haih, typical human being.



macam titik hitam atas kertas A4 putih.