member baru !!

Monday, April 1, 2013

idk



pagi tadi ada interview untuk kerani sekolah daerah kuala muda/yan. dengar kata nak cari 100 orang sahaja.



macam ni orang beratur pagi tadi. aku syak banyak lepasan universiti turut mencuba nasib.


seribu lebih rasanya yang datang tadi.

aku beratur jugak.


then sampai pintu masuk pejabat, orang lagi ramai macam.

lagi padat.


aku terus balik.


balik rumah, kaksu tanya camna interview.

aku cakap ramai, tak pi pun.

terus muka lain.

then lama sikit kakcik hantar mesej marah.

petang sikit mama pun marah.



keluar rumah lari ke penang.


okey, sebenarnya macam ni. tempat yang ditawarkan ada dalam 100. tapi yang datang tadi dekat seribu lebih. dan ia dalam bentuk walk-in interview. dan kebarangkalian untuk aku dipilih adalah 1 percent.

bukan aku putus asa, bukan. tapi dalam hal ini, logik akal perlu di ambil kira. kebarangkaliannya terlalu sikit. daripada aku beratur sampai 3-4 jam baik aku balik dan cari peluang pekerjaan lain.

oh ya, banyak yg datang tadi melayu dan india. aku tak nampak cina. sebab apa? tepuk kepala tanya akal. 


No comments: