member baru !!

Friday, December 23, 2011

perlukah ??


hai readers :)

apa yang aku perlukan, adakah pelukan mesra seorang ibu? ciuman hangat seorang isteri? penendang free seorang rakan?

semua ini kekal menjadi persoalan misteri, hanya cleverbot saja yang tahu. hahaha...

okay cukup, tajuk dengan tanda tanya. perlukah ??

aku yakin mesti semua orang pernah dengar pasal bir halal kan. ni nak tunjuk gambar..


semua botol2 tersebut berdiri dengan megah sambil berkata..

"minumlah aku, aku halal !!"

err, sori. mungkin hiperbola sikit.

apa yang aku cuba sampaikan? adakah aku meroyan kerana sudah sebulan lebih tidak bermain futsal??

oh tidaklah sampai tahap meroyan sebegitu rupa. just nice (ayat khalis)

heaven yes sebelum aku terlupa niat aku yang sebenarnya. pasal bir halal..

dulu masa aku terbaca berita pasal kemunculan bir halal ni kat malaysia, rasa nak gelak pun ada, teriak pun ada.


gambar masa promosi bir halal ni. tengok orang kat belakang tu minum dengan penuh rasa bahagia. melayu yang pasti..

the point is, perlu ka buat minuman macam ni. the first impression orang yang tengok benda ni mesti lah alif ro qaf kan. tipu la kalau tengok2 terus "hey ini bir yang halal diminum dowh !!"

tapi apa nak buat, rakyat malaysia ni unik. dengan nama bir kat depan then ditambah dengan frasa halal untuk mengislamkan nama minuman ni. fuhhh, good job bro. goooooooood job.

-------------------------------------------------------------------------------------

Bir halal’ jadi haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Kasdi Ali dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.


Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.


“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.


Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.


“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.


“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.


Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.


Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.


“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------


and there you goes. yang was-was tu lebih baik tinggalkan. gagah sangat nak minum buat apa, hundred plus ada. tau sebab apa orang minat benda ni???

sebab rakyat malaysia ni unik.

bye..

4 comments:

eylaaa's here said...

bapak aku cakap yg barbican tu dekat mekah pun ada.err :/

syamsul zikri said...

saja pun, rakyat mekah pun unik. hahaha

Anonymous said...

atien pernah jugak dengar pasal bir HALAL ni. tapi tak tahulah kesahihannya. hari tu ade orang jual kat karnival kolej, nasib baik tak beli. Hehe

syamsul zikri said...

ha kan, baik mnum hundred plus ja. hehehe.