member baru !!

Friday, December 16, 2011

tubeless


hai riders readers :)

rajin pulak aku update kan. jangan tanya kenapa.

mesti tertanya tanya kan sebab apa aku strike word riders kat atas tu.

adakah aku dah malas nak mati?

adakah aku jejari aku mengalami penyakit barah sampai tak laratnak tekan backspace seperti yang heroin2 dalam filem korea selalu kena?

adakah aku hensem???/

semua ini kekal menjadi persoalan misteri. nak tahu kena la tanya cleverbot, hahaha.

okay, back to the future topic.

jumaat yang lepas tayar belakang ex5 aku telah mengalami komplikasi akibat perjalanan yang melampau lampau. akibatnya beliau telah pancit dengan rendah diri serta ikhlas.

aku yang susah, xboleh nak korner baring plus seret ekzos kat tar.


bajet rossi la konon.

pergi kedai motor ah sedapnya seng nak tukar tiub.

>lu kena tukar tubeless la kawan, baru ngam dengan moto baru ni !
>mana wa ada duit boss, nanti2 la.

and then dia senyum troll face kat aku.
camni ha


aku x sedap hati, gay ka apek ni.

then after dah selesai bayar duit aku pun belah dari kedai tu dgn harapan x akan datang lagi dah pasni.

tapi esoknya...

tayar depan lak pancit, syilake punya apek.
dia jmpi apa kat motor aku nihhhh.

pi balik kedai tu dengan muka frust. tapi muka aku tengah frust macam andrew garfield, wardat yang cakap.

apek tu buat lagi troll face,

>kan wa dah cakap, tukar tubelesssssss
(tubeless, tubeless, tubeless....)

kata2 tu masih terngiang ngiang kat telinga aku selepas 3 hari.



walaupun RM 170 aku habis, tapi puas hati la boleh korner dengan lebih yakin.
rossi to be kan? heh.

oke lah nak out, kaksu nak guna lappy.

bye readersss :)




No comments: